Ada jualan masuk dan customer kata dia klik link affiliate. Tapi bila saya
tengok, referral tak keluar dan affiliate tak dapat apa-apa. Macam mana nak
cari puncanya?
Ada jualan masuk dan customer kata dia klik link affiliate. Tapi bila saya
tengok, referral tak keluar dan affiliate tak dapat apa-apa. Macam mana nak
cari puncanya?
Semak ikut turutan ni — yang atas sekali paling kerap jadi puncanya:
1. Link yang di-share ada ID ke tidak
Minta affiliate hantar balik link yang dia guna. Kalau hujungnya tiada nombor,
di situlah masalahnya — sistem tak dapat kaitkan jualan tu dengan sesiapa.
Detail penuh ada dalam
soalan pasal format link affiliate.
2. Status affiliate
Buka Affiliates. Affiliate yang
masih pending tak akan dapat komisen walaupun link dia betul.
Approve dulu. Untuk jualan yang dah terlepas tu, pergi ke
Referrals dan guna button Add
Referral — ia untuk transaction yang dah berjaya, jadi jualan lama pun boleh
dikira balik.
3. Form tu enable affiliate ke tidak
Edit form → Affiliate Settings → Enable Affiliates. Kalau off, jualan
dari form tu tak masuk komisen langsung.
Satu benda nak kena ingat: affiliate tak boleh di-enable untuk form yang guna
payment channel Direct Debit.
4. Order percuma
Order RM0 tak dapat komisen. Ini memang sengaja, bukan bug.
5. Status pembayaran
Setiap referral bermula sebagai pending, kemudian:
Kalau transaction tu masih pending kat gateway, referral pun masih pending.
Bukan hilang — cuma belum sampai giliran dia.
6. Cookie dah expired
Semak Cookie Expiration Days dalam
Affiliate Settings. Kalau jarak masa
antara customer klik link dengan dia bayar melebihi tempoh yang anda set,
tracking memang dah expired.
7. Setting Direct Link Attribution
Kalau setting ni on, customer kena bayar terus dari link yang ada ID. Kalau dia
buka link biasa di tengah-tengah proses, tracking dia akan reset.
Cara paling cepat nak tahu puncanya: minta affiliate buka Traffic Logs
dalam affiliate panel dia, lepas tu cari klik customer tu.