Macam mana nak setkan kadar kos pos (shipping rate)?

Viewed 11

Saya nak caj kos pos berbeza ikut kawasan — Semenanjung satu harga,
Sabah/Sarawak harga lain. Macam mana nak setkan?

1 Answers

Buka halaman Shipping & Rates, kemudian tambah satu pilihan penghantaran
bagi setiap kadar yang anda mahu tawarkan.

👉 bcl.my/page/shipping-settings

Bagi setiap pilihan, isi:

  • Shipping Name — nama yang customer nampak semasa checkout
  • Fixed Charge (RM) — kadar tetap untuk pilihan tersebut
  • Active — pastikan dihidupkan supaya ia muncul pada form

Contoh ikut kawasan: buat dua pilihan berasingan —
Semenanjung (RM8) dan Sabah/Sarawak (RM12). Customer pilih sendiri semasa
checkout.

Untuk pilihan lebih lanjut, klik butang Settings pada baris tersebut. Di
situ ada table rate (kadar mengikut syarat seperti berat) dan Free
Shipping
— anda boleh tetapkan penghantaran percuma apabila cukup jumlah
belian atau kuantiti.

Kalau guna table rate berdasarkan berat, pastikan setiap produk sudah diisi
berat. Tanpa berat, pilihan tersebut tidak akan muncul semasa checkout.

Untuk kadar daripada courier sebenar (NinjaVan, Poslaju, EasyParcel),
sambungkan akaun courier anda di
bcl.my/page/courier.

Perlu addon: kadar bersyarat (seperti ikut kawasan, channel atau produk
tertentu) dan integrasi courier memerlukan langganan addon. Tanpa addon, anda
masih boleh guna kadar tetap dan free shipping.

👉 Langganan addon: bcl.my/page/addon-subscription

Ada butang Guide pada halaman Shipping & Rates kalau anda perlukan
panduan lanjut.