Saya ada custom field dalam form. Lepas customer bayar dan isi details, saya
nak tengok maklumat yang mereka isi kat mana ya? Saya cari tak jumpa.
Saya ada custom field dalam form. Lepas customer bayar dan isi details, saya
nak tengok maklumat yang mereka isi kat mana ya? Saya cari tak jumpa.
Maklumat custom field disimpan pada rekod transaksi, bukan pada form.
Buka form anda → Transaction Records → klik transaksi berkenaan untuk lihat
butiran yang customer isi.
Nak ambil semua sekali gus? Export dari Transaction Records. Setiap
custom field akan keluar sebagai lajur tersendiri menggunakan nama field
yang anda set, jadi boleh terus buka dalam Excel atau Google Sheets.
Penting: export dari senarai transaksi utama tidak memasukkan custom
field. Anda mesti export dari Transaction Records form berkenaan. Ini
punca paling kerap bila merchant kata custom field tiada dalam fail export.