Saya nak minta affiliate isi maklumat tambahan semasa mohon sertai program
saya — contohnya nombor akaun bank atau platform media sosial mereka. Boleh
ke?
Boleh tak saya semak dulu sebelum luluskan mereka?

Kedua-duanya boleh.
1. Tambah maklumat yang perlu diisi
👉 bcl.my/page/affiliate-settings#onboarding
Di bahagian Custom Application Fields, tambah medan tambahan yang affiliate
perlu isi semasa memohon. Setiap medan ada Field Label yang anda tetapkan
sendiri.
2. Semak dahulu sebelum luluskan
Hidupkan Require Manual Approval di bahagian Global Settings. Bila
dihidupkan, permohonan affiliate akan masuk sebagai pending dan anda perlu
luluskan secara manual sebelum mereka boleh mula promosi.
Kalau toggle ini dimatikan, affiliate akan diluluskan secara automatik sebaik
sahaja mendaftar.