Saya buat kelas dalam talian. Selepas peserta bayar dan hadir, saya nak bagi
sijil penyertaan. BCL ada fungsi ni?
Saya buat kelas dalam talian. Selepas peserta bayar dan hadir, saya nak bagi
sijil penyertaan. BCL ada fungsi ni?
Ada. Ciri ini sebahagian daripada Event Management, jadi ia memerlukan
langganan addon tersebut.
๐ Langganan addon: bcl.my/page/addon-subscription
Buka halaman Certificate Templates untuk membina reka bentuk sijil anda.
๐ bcl.my/page/certificate-templates
Setiap templat mempunyai saiz tersendiri, gambar latar belakang, dan elemen
yang anda susun sendiri di atasnya โ seperti nama peserta, nama program dan
tarikh.
Sijil tidak dijana secara automatik. Anda yang menentukan bila ia
dikeluarkan, daripada halaman Participants.
Pilih peserta yang berkenaan, kemudian gunakan tindakan berikut:
Cara ini membolehkan anda menjana sijil hanya untuk peserta yang benar-benar
hadir, selepas anda membuat check-in.
Mahu emel yang lebih peribadi? Guna Automation dengan trigger
Certificate Generated. Automation akan berjalan setiap kali sijil dijana,
dan anda boleh menulis kandungan emel anda sendiri.
Antara maklumat yang boleh dimasukkan ke dalam emel tersebut:
{attendee_name} ยท {attendee_email} ยท {event_name} ยท {ticket_name} ยท
{ticket_number}