Macam mana nak jual beberapa produk dalam satu borang?

Viewed 10

Saya ada beberapa produk untuk dijual. Perlu ke saya buat borang berasingan
untuk setiap satu, atau boleh letak semua dalam satu borang?

1 Answers

Tidak perlu borang berasingan. Satu borang boleh menawarkan beberapa produk,
dan customer memilih sendiri apa yang mahu dibeli.

Bagi setiap produk, anda boleh tetapkan:

  • Nama dan harga
  • Sale Price (Optional) — harga promosi. Harga asal turut dipaparkan
    sebagai perbandingan
  • SKU — kod rujukan produk anda
  • Enable Quantity — benarkan customer memilih kuantiti
  • Purchase Limit — had kuantiti maksimum bagi satu pesanan
  • Coming Soon — paparkan produk tetapi belum boleh dibeli

Semua produk yang dipilih akan digabungkan dalam satu pesanan dan satu
pembayaran.