Jenis booking apa yang BCL sokong?

Viewed 1

Saya nak guna BCL untuk terima tempahan. Ia sesuai untuk jenis perniagaan apa?

1 Answers

BCL menyokong empat jenis tempahan, dan setiap satu berfungsi secara berbeza:

  • Appointment — temu janji mengikut slot masa. Sesuai untuk klinik, salon,
    konsultasi dan kelas
  • Restaurant — tempahan meja mengikut bilangan tetamu
  • Ticket — tempahan berasaskan tiket untuk sesi atau acara
  • Accommodation — tempahan mengikut julat tarikh, dengan tarikh masuk
    dan tarikh keluar. Sesuai untuk homestay, chalet dan penyewaan

Pilih jenis yang paling hampir dengan operasi anda, kerana ia menentukan cara
customer memilih masa dan bagaimana kapasiti dikira.

Cara paling cepat untuk bermula: guna templat. Pada halaman
Booking Forms, klik butang Templates
dan pilih contoh yang paling hampir dengan perniagaan anda.

Templat akan menyediakan keseluruhan persediaan sekali gus — borang,
senarai perkhidmatan, staf dan waktu operasi — supaya anda hanya perlu ubah suai
mengikut keperluan sendiri.

Sekiranya anda menyediakannya sendiri, tetapan booking terbahagi kepada
beberapa halaman. Jadual ini menunjukkan apa yang perlu disetkan di mana:

Halaman Untuk apa
Booking Services Tempoh, harga, kapasiti, auto confirm, pembatalan
Booking Forms Waktu operasi, staff selection mode
Manage Booking Staff Senarai staf dan waktu kerja
Bookings Semua tempahan masuk
Booking Calendar Paparan kalendar