Macam mana nak tetapkan tempoh dan jarak antara temu janji?

Viewed 12

Setiap sesi saya mengambil masa 45 minit, dan saya perlukan sedikit masa
untuk bersiap sebelum customer seterusnya. Boleh set?

1 Answers

Boleh. Buka Booking Services, pilih
perkhidmatan anda, kemudian tetapkan:

  • Duration — tempoh sesi, contohnya 45 minit
  • Buffer Time — masa rehat selepas setiap sesi, sebelum slot seterusnya
    dibuka

Contoh: Duration 45 minit dengan Buffer Time 15 minit bermakna slot dibuka
setiap jam, dan anda mempunyai 15 minit di antaranya.

Tetapan masa lain yang berkaitan:

  • Advance Booking Days — berapa hari ke hadapan customer boleh menempah
  • Min Notice Hours — notis minimum sebelum sesi, supaya anda tidak menerima
    tempahan yang terlalu mengejut
  • Allow Same Day Booking — benarkan tempahan pada hari yang sama
Related