Apa beza affiliate link dengan embed code? Yang mana satu nak share kat customer?

Viewed 10

Dalam page Promotion Links ada button Embed code. Bila saya buka, ada satu
link lain yang ada perkataan /embed/ dalam dia. Boleh tak saya copy link tu
dan share terus kat customer?

1 Answers

Dua-dua memang ada ID affiliate anda, cuma kegunaannya lain.

Your affiliate link — untuk di-share terus kepada customer: WhatsApp,
Facebook, Telegram, bio Instagram:

https://domain-merchant.bcl.my/form/nama-form/5132

Embed code — untuk di-paste ke dalam website sendiri, supaya form keluar
terus dalam page anda:

<div id="bcl-payment-form" data-url="https://domain-merchant.bcl.my/embed/form/nama-form/5132"></div>
<script src="https://bcl.my/js/bc-encrypted-payment-embed.js"></script>

Script tu akan load form dalam iframe kat page anda. ID affiliate anda memang
dah ada dalam data-url, jadi setiap jualan dari form yang ter-embed tu masuk
kepada anda — walaupun customer tu pernah klik link affiliate orang lain
sebelum ni
. ID dalam link sentiasa diutamakan berbanding cookie, jadi tiada
percampuran.

Satu lagi: kalau anda ada set pixel Facebook, TikTok atau Google sendiri, embed
script ni akan fire pixel anda serentak dengan pixel merchant.

Tapi jangan copy link /embed/... dalam data-url tu untuk di-share.

Kotak Embed code ada button copy sendiri, berasingan daripada button copy
sebelah Your affiliate link. Button dalam kotak hitam tu copy seluruh
code
— bukan link untuk di-share.

Link tu sebahagian daripada code — memang untuk digunakan dalam iframe, dan
script yang uruskan selebihnya. Kalau di-share terus kat WhatsApp:

  • page tetap buka, tapi paparannya jadi macam page form biasa, bukan versi
    embed — sebab tu ramai ingat link tu link merchant
  • tiada cookie disimpan; kalau customer tutup page lepas tu masuk balik guna
    link lain sebelum bayar, tracking dia dah tiada

Ringkasnya:

Nak buat apa Guna yang mana
Share kat WhatsApp atau social media Your affiliate link
Letak form dalam website sendiri Embed code penuh, sekali dengan script