Saya nak nama affiliate papar kat page form supaya customer nampak siapa yang
refer mereka. Setting dah on, tapi bila saya buka link affiliate, tiada nama
keluar langsung.
Saya nak nama affiliate papar kat page form supaya customer nampak siapa yang
refer mereka. Setting dah on, tapi bila saya buka link affiliate, tiada nama
keluar langsung.
Paparan Referred by tu ada beberapa syarat, dan semuanya kena betul serentak.
Semak ikut turutan ni:
1. Setting kat form
Edit form → bahagian Affiliate Settings. Dua-dua kena on:
2. Status affiliate kena Active
Buka Affiliates dan semak status
affiliate tu. Kalau anda on Require Manual Approval, affiliate baru masuk
sebagai pending sampai anda approve. Masa pending, nama tak papar dan komisen
pun tak dikira.
3. Siapa yang kawal paparan
Dalam Affiliate Settings ada setting
"Referred By" Display Control dengan tiga pilihan:
| Pilihan | Siapa yang tentukan |
|---|---|
| Use form setting only | Setting kat form je yang dikira — ini default |
| Let affiliate decide per form | Affiliate boleh on/off sendiri dari Promotion Links |
| Affiliate can hide only (when form setting is on) | Form kena on dulu, affiliate cuma boleh hide |
Kalau anda pilih dua yang bawah, affiliate mungkin dah hide nama dia sendiri
kat page Promotion Links. Setting anda betul — cuma dia pilih untuk tak
papar.
4. Link yang dibuka kena ada ID affiliate
Kalau link tu tiada nombor kat hujung, page tak tahu affiliate mana nak papar.
Buka link penuh dari Promotion Links untuk test.
Bila semua cukup, Referred by akan keluar dekat button bayar, dengan nama
affiliate dan nama merchant di bawahnya.
Kalau setting nampak betul tapi page masih tak berubah: paparan ni di-cache
15 minit per form. Save form akan clear cache tu serta-merta, tapi kalau anda
tukar "Referred By" Display Control atau affiliate tukar toggle di sebelah
dia, tunggu sekejap dulu sebelum test semula.