Masa nak import ada empat checkbox kat bawah. Saya tak berani tekan sebab tak pasti apa jadi. Boleh terangkan satu-satu?
Masa nak import ada empat checkbox kat bawah. Saya tak berani tekan sebab tak pasti apa jadi. Boleh terangkan satu-satu?
Empat-empat ni mengawal apa yang berlaku selepas rekod di-create — emel, webhook,
automation.
Skip emails on by default. Tiga lagi off. Maksudnya import takkan hantar apa-apa
kepada sesiapa melainkan anda on-kan sendiri.
Skip emails that already have a record here — block senarai sama di-upload dua kali.
Untick kalau customer sama memang beli lebih daripada sekali, sebab kalau tidak pembelian
kedua dia akan di-skip.
Email everyone their payment confirmation — hantar resit yang sama macam pembeli
biasa dapat. Biar off kalau anda cuma nak masukkan rekod tanpa ganggu customer.
Email your team about each new order — alert new-order yang staff biasa terima. Off
by default supaya senarai panjang tak membanjiri inbox.
Run webhooks and automations — ni yang paling kena fikir dua kali. Setiap row akan
trigger sama macam pembayaran sebenar.
Jadi kalau anda import 500 row dengan pilihan ni on, automation anda jalan 500 kali dan
webhook anda kena 500 kali. Kalau automation tu hantar WhatsApp, 500 mesej keluar.
Kalau anda cuma nak rekod masuk, biar keempat-empatnya seperti sedia ada.