Macam mana nak sistem saya sendiri tahu bila ada pembayaran masuk?

Viewed 24

Saya ada sistem sendiri untuk rekod jualan. Nak sistem tu update automatik bila ada orang bayar kat BCL, tak nak check manual. Boleh buat tak?

1 Answers

Guna webhook. Sebaik pembayaran masuk, BCL terus hantar datanya ke URL anda — sistem anda
tak payah check sendiri.

Buka form anda → Advanced Settings, cari section Webhook Configuration. Isi
Webhook URL dengan endpoint sistem anda. (Lead form: Additional Settings.)

Event yang ada bergantung pada jenis form:

  • Payment form — Form Submit · Payment Success · Payment Failed · Direct Debit
  • Event form — sama, tapi Direct Debit diganti Ticket Checked In
  • Booking form — sama, plus Booking Confirmed dan Booking Cancelled
  • Lead form — Form Submit dan Status Change sahaja

Kebanyakan orang mahu Payment Success sahaja. Guna Form Submit kalau anda nak tahu
siapa yang isi form tapi tak sempat bayar — ia trigger sebelum bayaran diproses.

Setiap webhook bawa maklumat pembeli, item yang dibeli, dan nombor order — jadi sistem
anda boleh padankan dengan rekod sendiri.