Saya jual ebook. Customer dah bayar, tapi link download produk tak keluar.
Kenapa jadi macam ni?
Saya jual ebook. Customer dah bayar, tapi link download produk tak keluar.
Kenapa jadi macam ni?
Link download hanya dihantar melalui custom email. Ia tidak keluar secara
automatik pada email default. Kalau custom email belum disetkan, customer
memang tak akan terima apa-apa link.
Dua benda wajib ada:
{product_table} dalam kandungan custom email{product_table} inilah yang menjana senarai produk yang dibeli berserta
link download untuk setiap satu. Tanpa placeholder ini, email tetap sampai
tetapi tiada link di dalamnya.
Ini punca nombor satu. Kalau customer terima email tapi tiada link, hampir
pasti{product_table}tertinggal.
Nota penting — pastikan link diisi sebelum mula jual. Link download
disimpan pada rekod order pada masa customer bayar. Kalau produk anda tiada
link semasa transaksi berlaku, order tersebut akan kekal tanpa link walaupun
anda isi link selepas itu. Perubahan hanya akan digunakan pada order yang
masuk selepas ia disimpan.
Untuk order lama yang terjejas, hantar semula secara manual kepada customer
atau hubungi support dengan order number — jangan kongsi email customer di
forum.
Customer boleh dapatkan semula sendiri melalui Customer Portal → butiran
order. Link dipapar di situ untuk order yang sudah dibayar.