Boleh tukar ayat email yang dihantar bila payment failed?

Viewed 2

Bila payment customer gagal, BCL hantar email default. Boleh tak saya tukar ayat email tu ikut ayat saya sendiri?

1 Answers

Boleh, tapi bukan melalui Notification Settings.

  • Custom email di situ (Enable Custom Email Content) hanya keluar bila payment berjaya.
  • Email payment failed pula guna ayat default BCL. Boleh di-off dengan Disable Failed Email (Customer), tapi ayatnya tak boleh ubah.

Nak ayat sendiri untuk payment failed, guna Automation:

  • Pergi ke Automations dan create automation baru.
  • Trigger: pilih Transaction Failed.
  • Action: Send Email — isi subject dan ayat anda.
  • Guna placeholder macam {payer_name} dan {order_number}. Letak {form_url} supaya customer boleh klik dan cuba bayar semula.
  • On-kan automation tu.

Lepas tu off-kan email default supaya customer tak dapat dua email:

  • Buka form → Notification Settings.
  • On-kan Disable Failed Email (Customer).

Satu automation boleh cover semua form:

  • Biar form kosong dalam trigger — automation ni jalan untuk semua form sekali gus, tak perlu buat satu-satu.
  • Nak untuk form tertentu sahaja? Pilih form tu.

Contoh automation email yang serupa, cuma trigger lain: Hantar e-mel terima kasih selepas bayaran.