Email default terlalu ringkas. Saya nak tulis ayat sendiri dan letak nama
customer di dalamnya. Boleh?
Email default terlalu ringkas. Saya nak tulis ayat sendiri dan letak nama
customer di dalamnya. Boleh?
Boleh. Hidupkan Enable Custom Email Content pada Notification Settings
borang anda, kemudian isi Email Subject dan Email Content.
Anda boleh memasukkan maklumat pesanan ke dalam kandungan email menggunakan
placeholder, contohnya {product_table} untuk memaparkan senarai produk yang
dibeli berserta pautan muat turun.
Penting — ia adalah email tambahan, bukan pengganti. Custom email dihantar
sebagai email berasingan. Email default sistem tetap dihantar seperti biasa,
jadi customer akan menerima dua email.
Sekiranya anda mahu customer menerima custom email sahaja, matikan email
default dengan menghidupkan Disable Success Email (Customer) pada
Notification Settings borang yang sama.
Custom email juga merupakan cara satu-satunya untuk menghantar pautan muat
turun produk digital. Tanpa{product_table}di dalamnya, pautan tersebut
tidak akan dihantar. Lihat: Link download produk digital tak keluar lepas
customer bayar