Macam mana nak hantar WhatsApp secara automatik selepas customer bayar?

Viewed 12

Saya nak hantar mesej WhatsApp kepada customer sebaik sahaja mereka berjaya
bayar. Boleh buat secara automatik?

1 Answers

Boleh, dan ada dua cara. Penyedia WhatsApp yang disokong berbeza mengikut cara
yang anda pilih.

1. Melalui notifikasi sedia ada

Lebih ringkas, tetapi hanya menyokong Wasapbom.

2. Melalui Automation

Lebih fleksibel, dan menyokong tiga pilihan:

  • Wabot
  • Wasapbot
  • Custom HTTP — sambung kepada penyedia lain menggunakan API mereka sendiri

Langkah menggunakan Automation:

  1. Sambungkan akaun penyedia WhatsApp anda terlebih dahulu di halaman
    Integration
    👉 bcl.my/page/integration
  2. Buka Automations, kemudian klik Templates
  3. Pilih templat Transaction Success sebagai permulaan
  4. Tukar tindakannya kepada Hantar WhatsApp
  5. Tulis kandungan mesej anda, dan masukkan maklumat pesanan menggunakan
    placeholder

👉 bcl.my/page/automations

Sekiranya anda sudah menggunakan Wasapbom untuk notifikasi biasa dan mahu
sesuatu yang lebih khusus, Automation memberikan lebih kawalan ke atas bila
mesej dihantar dan apa kandungannya.