Kenapa data yang dihantar automation HTTP Request jadi kosong?

Viewed 5

Saya dah set automation HTTP Request untuk hantar lead ke sistem CRM saya. Automation jalan, request pun sampai — tapi data yang masuk kosong. Nama dengan email semua blank.

API key saya dah check, betul. URL pun betul. Tapi bila lead masuk, CRM saya reject dengan kata email tak sah. Apa yang saya tersilap ya?

1 Answers

Selalunya sebab placeholder tak sepadan dengan nama field sebenar.

Setiap field lead form ada nama dan id. Format placeholder mesti {nama_field:id} — kedua-duanya kena betul.

Contoh, field bernama email_address dengan id 13:

Placeholder Keputusan
{email_address:13} ✅ betul
{email:3} ❌ nama dan id salah
{email_address:3} ❌ id salah
{email_address} ❌ tiada id

Bahagian yang mengelirukan: bila placeholder tak jumpa, BCL tak keluarkan error.

Ia hantar nilai kosong. Request tetap sampai ke sistem luar, cuma value field tu kosong. Yang reject biasanya sistem luar itu sendiri, dengan mesej macam "Invalid email address".

Sebab itu ramai sangka masalah API key — sedangkan puncanya placeholder.

Cara dapatkan nama yang betul

Tak payah taip sendiri — dalam action tu sendiri ada senarainya.

  1. Dalam action HTTP Request, klik butang Variables di sebelah kanan.
  2. Field form anda tersusun ikut nama form — contoh dalam gambar, Mail Niaga Subcriber (#742).
  3. Klik variable yang nak, atau guna Search variables kalau senarai panjang.

Senarai Variables dalam action HTTP Request

Setiap satu tunjuk nama penuh dengan { } dan jenis field — contoh {email:2} dengan label Email · text. Klik je, tak payah taip.

Kalau anda ada beberapa lead form, setiap form ada kumpulan sendiri dengan nombor id form. Pastikan anda ambil dari kumpulan form yang betul — field dari form lain takkan jalan.

Field jenis file dan signature memang tak dihantar ke automation, jadi ia tiada dalam senarai.