Macam mana nak setup Wabot atau Wasapbot dalam BCL?

Viewed 7

Saya dah dengar pasal Wabot dan Wasapbot ni, tapi tak tahu nak mula kat mana.

Kena daftar akaun dengan mereka dulu ke? Dan kat BCL, mana satu tempat nak masukkan detail dia?

1 Answers

Ada dua bahagian: connect WhatsApp di pihak provider dulu, kemudian paste
Access Token dan Instance ID dalam portal BCL.

Di pihak provider

  1. Daftar akaun di app.wabot.my untuk
    Wabot, atau dash.wasapbot.my
    untuk Wasapbot
  2. Connect nombor WhatsApp anda di dashboard mereka
  3. Copy Access Token dan Instance ID

Dalam portal BCL

  1. Buka Integrations → WhatsApp (Automation)
    — dalam menu portal ia di bawah Platform Setup
  2. Buka section Wabot Integration atau Wasapbot Integration, ikut mana
    yang anda guna, dan on-kan toggle enable di dalamnya
  3. Paste Access Token dan Instance ID
  4. Tekan Verify Connection di hujung field Access Token. Kalau sambungan ok,
    notis Connection Successful keluar dengan nama WhatsApp yang tersambung
  5. Save