TIN saya mula dengan IG (enterprise/milikan tunggal), e-invoice langsung tak boleh hantar

Viewed 4

TIN saya mula dengan IG sebab saya enterprise (milikan tunggal). Semua maklumat dah isi, tapi tiap kali hantar e-invoice mesti gagal. Macam mana nak settle?

1 Answers

Ini masalah paling kerap untuk milikan tunggal, dan selalunya fix dia satu setting je.

Sebabnya begini. Dokumen yang dihantar ke LHDN bawa dua pengenal: TIN anda, dan satu lagi
ID Type (BRN atau NRIC).

Milikan tunggal tak ada TIN sendiri — yang ada TIN ialah anda sebagai individu (IG…),
manakala perniagaan cuma ada nombor ROB/SSM.

Jadi kalau TIN IG (individu) dipasangkan dengan BRN (perniagaan), dokumen tu sendiri
bawa dua identiti berlainan. LHDN tolak sebab dua-dua tak padan.

Fix: pergi Company Profile, tukar ID Type
kepada NRIC, dan isi nombor IC anda.

Sekarang TIN dan ID Type dua-dua merujuk orang yang sama, dan LHDN terima.

Kalau anda memang kena invois atas nama perniagaan, bukan atas nama sendiri, barulah
laluan lain. Dalam profil MyTax anda, role Business Owner kena di-assign — LHDN sebut
ini dalam FAQ mereka, TIN IG hanya boleh disahkan bersama BRN kalau role tu ada.

Lepas tu tambah semula Bayarcash sebagai Intermediary, kali ni terhadap perniagaan (ROB),
ikut panduan setup.

Kalau dah cuba NRIC dan masih gagal, share order number dengan kami. Jangan tekan
Submit E-Invoice berulang kali — hasilnya sama je.