E-invoice error "The authenticated TIN and documents TIN is not matching"

Viewed 2

E-invoice saya gagal, LHDN bagi error "The authenticated TIN and documents TIN is not matching". TIN dalam Company Profile saya rasa dah betul. Apa maksudnya?

1 Answers

Mesej ni datang terus dari LHDN. Maksudnya: TIN yang authenticate bukan TIN yang
declare dalam dokumen.

Dua sebab biasa, ikut susunan:

1. Anda milikan tunggal dengan TIN IG. Ini sebab paling kerap, dan biasanya fix dia
cuma tukar ID Type kepada NRIC dalam Company Profile
— baca penuh di sini.

2. Bayarcash dibenarkan sebagai Intermediary untuk identiti yang salah. Kalau anda
daftarkan Bayarcash bawah TIN individu tapi invois keluar atas nama perniagaan, LHDN
nampak dua identiti dan tolak.

Daftarkan semula terhadap perniagaan (ROB) — ikut panduan setup.

Semak juga TIN dalam Company Profile betul-betul
sama dengan TIN yang anda daftarkan Bayarcash dalam MyInvois.