Tadi e-invoice gagal, jadi saya tekan Submit E-Invoice beberapa kali. Sekarang keluar pula error duplicate. Ada apa-apa rosak ke?
Tadi e-invoice gagal, jadi saya tekan Submit E-Invoice beberapa kali. Sekarang keluar pula error duplicate. Ada apa-apa rosak ke?
Tak rosak. LHDN tolak e-invoice yang sama kalau di-submit semula dalam masa 10 minit, sebab tu keluar error duplicate. Yang perlu dibetulkan ialah submit pertama yang gagal tu.
Pergi ke Payments → MyInvois, buka rekod yang gagal dan tengok sebab ia gagal. Kalau TIN salah atau intermediary belum didaftarkan, tekan Submit E-Invoice berapa kali pun tetap gagal. Betulkan dulu, baru submit semula.
Lepas anda betulkan butiran, boleh terus submit tanpa tunggu. Cooldown 10 minit tu cuma untuk e-invoice yang sama sebiji. Kalau anda tekan Submit tanpa ubah apa-apa, BCL akan beritahu berapa minit lagi perlu tunggu.