Saya baru nak mula guna e-invoice untuk jualan online saya. Tak pasti nak start dari mana — kena setting apa dalam BCL, dan ada apa-apa kena buat kat pihak LHDN?
Saya baru nak mula guna e-invoice untuk jualan online saya. Tak pasti nak start dari mana — kena setting apa dalam BCL, dan ada apa-apa kena buat kat pihak LHDN?
E-invoice ialah addon berasingan. Aktifkan LHDN E-Invoice dulu di
Addon Subscription sebelum apa-apa yang lain.
Ada free trial, jadi boleh cuba dulu sebelum bayar.
Lepas tu ada dua langkah lagi — satu dalam BCL, satu lagi dalam portal MyInvois anda.
1. Lengkapkan company profile. Pergi Company Profile
dan isi semua maklumat syarikat. Yang paling penting Tax Identification Number (TIN) —
kalau ni salah, semua submission gagal walaupun benda lain betul.
Pastikan ID Type padan dengan jenis TIN anda:
C (syarikat) → pilih BRN, isi nombor pendaftaran SSM.IG (individu / milikan tunggal) → pilih NRIC, isi nombor IC anda.Kalau dua ni tak padan, LHDN akan tolak walaupun TIN sendiri betul.
2. Tambah Bayarcash sebagai Intermediary dalam portal MyInvois anda. LHDN kena tahu
Bayarcash dibenarkan hantar dokumen bagi pihak anda. Tanpa ni, semua submission ditolak.
Langkah penuh ada dalam panduan setup ini.
Lepas dua-dua siap, balik ke Company Profile
dan tekan Check Connection. Buat ni dulu sebelum hantar dokumen sebenar.
Kalau anda nampak Connection Verified, maksudnya TIN anda authenticate dan Bayarcash
memang dibenarkan hantar bagi pihak anda.
Satu perkara: kalau TIN anda mula dengan IG (milikan tunggal), anda boleh dapat
Connection Verified tapi submission tetap gagal. Puncanya lain —
baca di sini.
Lepas semua ni, rekod e-invoice anda ada di Payments → MyInvois.
Kalau anda tak guna e-invoice langsung, isi NA dalam field TIN. Jangan biar kosong.