Check Connection e-invoice gagal, kata "LHDN did not recognise this TIN"

Viewed 3

Saya tekan Check Connection kat Company Profile, keluar error kata "LHDN did not recognise this TIN". TIN saya dah isi. Apa yang salah?

1 Answers

Format TIN anda tak betul. Ni bukan masalah intermediary — sebab tu mesejnya lain.

TIN LHDN mula dengan huruf, diikuti nombor. Contoh yang betul:

  • C58633285050 — syarikat Sdn Bhd
  • IG40413248000 — individu atau milikan tunggal

Yang selalu tersalah isi: nombor SSM/ROB, nombor GST lama, nama syarikat, atau -.
Semua ni LHDN tolak.

Pergi Company Profile dan semak field
Tax Identification Number (TIN).

Kalau format tak dikenali, sistem akan tunjuk amaran terus di bawah field tu semasa
anda taip.

Tak pasti TIN anda? Boleh semak dalam portal MyTax anda sendiri.

Dan kalau anda memang tak guna e-invoice, isi NA — bukan biar kosong, bukan -.