Customer tanya macam mana nak tengok semula semua pembelian dia

Viewed 3

Customer selalu WhatsApp saya minta resit lama dan link download. Penat nak cari satu-satu. Ada cara biar dia ambil sendiri?

1 Answers

Ada Customer Portal untuk itu. Pembeli log masuk sendiri dan tengok apa yang dia dah beli
tanpa perlu tanya anda.

Dalam portal tu ada empat tab:

  • Dashboard — ringkasan pembelian dia
  • Orders — semua pembelian dan resit
  • Tickets — tiket event dia
  • Content — ada dua tab di dalamnya: Protected content dan Downloads

Maklumat customer pula ada dalam menu akaun, bawah Profile.

Link download produk digital ada di dua tempat: bawah Content → Downloads, dan dalam
detail setiap order. Mana-mana pun boleh.

Tak perlu password. Dia masukkan emel atau nombor yang dia guna masa beli, dan terima OTP.

Ada dua cara nak buka portal, dan hasilnya berbeza:

  • bcl.my/customer — pembeli nampak semua pembelian dia across semua merchant BCL
  • domain anda sendiri + /customer — dia nampak pembelian dari kedai anda sahaja

Kalau anda nak customer fokus pada pembelian dari anda, hantar link domain anda.

Jadi bila customer WhatsApp anda minta resit lama atau link download, hantar dia ke portal
dan dia boleh ambil sendiri.