Guna QR Terminal, berapa fees? Customer kena bayar lebih ke?

Viewed 2

Saya nak guna QR Terminal untuk terima bayaran kat kedai. Ada caj tak? Customer kena bayar lebih ke?

1 Answers

Customer tak kena bayar lebih — mereka bayar amount yang anda key-in sahaja. QR Terminal tak tambah apa-apa caj atas amount tu.

Setting di Platform Setup → Gateway Fee hanya untuk payment form, event form dan booking form. QR Terminal tak guna setting tu, jadi walaupun gateway fee untuk DuitNow QR dah di-on, customer di QR Terminal tetap bayar amount asal.

Caj Bayarcash untuk DuitNow QR tetap ada, tapi ditolak daripada payout anda — bukan customer yang bayar. Rate ikut package Bayarcash anda. Senarai rate semasa ada di Saya nak set cas payment gateway di BCL. Berapa cas?

Kalau anda nak customer tanggung caj tu, key-in amount yang dah termasuk caj, atau guna payment form dan on-kan Enable Gateway Fee.

QR Terminal sendiri bukan add-on berbayar — sesiapa dalam team yang ada akses Transactions boleh guna.

👉 Payments → QR Terminal