Customer dah bayar caj gateway, tapi payout saya masih kurang sikit. Kenapa?

Viewed 2

Saya dah on Enable Gateway Fee, jadi customer bayar caj 1.6%. Tapi bila tengok payout, saya dapat kurang sikit daripada harga jualan. Kenapa ya?

1 Answers

Sebab Bayarcash potong 1.6% tu atas jumlah yang customer bayar — termasuk caj gateway yang ditambah pada harga tu. Dengan fee type Percentage, BCL kira caj atas harga jualan sahaja, jadi payout kurang beberapa sen.

Contoh jualan RM3,000 dengan DuitNow QR 1.6%:

Fee type Customer bayar Bayarcash potong Anda terima
Percentage RM3,048.00 RM48.77 RM2,999.23
Full Payout RM3,048.78 RM48.78 RM3,000.00

Nak terima jumlah jualan penuh? Tukar fee type channel tu kepada Full Payout di Platform Setup → Gateway Fee. BCL akan kira caj supaya lepas Bayarcash potong, anda tetap terima jumlah jualan penuh — termasuk shipping, tax dan additional fee yang customer bayar.

Nak tengok dulu sebelum tukar? Guna Fee Calculator di bawah table Gateway Fee. Key-in amount dan pilih channel — calculator tu terus tunjuk berapa customer bayar, berapa Bayarcash potong dan berapa anda terima, ikut rate yang anda set (belum save pun boleh).

Kalau Bayarcash caj SST 8% atas fee channel tu, on-kan juga switch SST pada row yang sama. Full Payout akan cover SST sekali, jadi anda tetap terima jumlah penuh.

Full Payout cuma ada kesan untuk channel yang caj ikut percentage. Channel yang caj fixed sahaja (contoh FPX RM1) tak perlu tukar, sebab caj fixed tetap sama tak kira berapa jumlahnya.