Saya dah test bayar guna form yang di-set Test Mode, tapi bila buka Transactions, test payment tu tak ada. Pilih filter Testing Payment pun kosong. Mana nak tengok?
Saya dah test bayar guna form yang di-set Test Mode, tapi bila buka Transactions, test payment tu tak ada. Pilih filter Testing Payment pun kosong. Mana nak tengok?
Test payment tu tak hilang. Page Transactions cuma tunjuk transaksi yang ikut mode akaun anda sekarang. Kalau akaun dah Live, test payment tak akan keluar di situ, walaupun anda pilih filter Testing Payment.
Selalunya ini jadi sebab form yang anda test masih di-set kepada Test Mode.
Cara tengok test payment tu:
Dah habis test? Tukar Payment Mode form tu kepada Platform Default, supaya lepas ni semua bayaran masuk sebagai live. Setting ni ada dalam editor form, di bahagian Payment Configuration (form booking: Payment Gateway) — buka form tu dari Payments → Forms, Events → Events atau Bookings → Forms.
Jangan on-kan semula Test Mode akaun semata-mata nak tengok test payment. Bila akaun dalam Test Mode, semua form yang guna Platform Default akan proses bayaran sandbox — customer sebenar tak boleh bayar.
Cara test form dengan selamat: Macam mana nak test form sebelum go live?