Lepas akaun Bayarcash lulus, apa saya kena buat pada form yang dah siap?

Viewed 2

Masa akaun belum lulus saya dah buat beberapa form dalam Test Mode. Sekarang akaun Bayarcash saya dah lulus. Apa yang saya kena buat pada form-form tu supaya boleh terima payment betul?

1 Answers

Empat benda je, semua dalam satu page:
Platform Setup → Payment.

  1. Masukkan Personal Access Token (PAT) — ambil dari Bayarcash Console
  2. Masukkan API Secret Key — ada dalam profile page Bayarcash
  3. Pilih Default Portal — portal ni yang akan terima duit untuk form yang tak
    set portal sendiri
  4. Off-kan Test Mode

Form yang dah siap masa Test Mode tak payah edit satu-satu. Yang tak set
portal sendiri akan ikut Default Portal tadi. Lepas ni kalau tukar Default Portal,
semua ikut sekali.

Kalau ada staff dalam team dan nak track sales ikut portal masing-masing, page
yang sama ada setting Require staff to select a portal key. Bila setting ni
on, staff kena pilih portal setiap kali buat form.

Lepas Test Mode off, notis SANDBOX MODE kat form akan hilang. Payment yang masuk
lepas tu semua duit betul.