Mana nak dapat Personal Access Token (PAT) dan API Secret Key?

Viewed 2

Masa nak connect Bayarcash kat BCL, dia minta Personal Access Token (PAT) dan API Secret Key. Mana nak dapat dua-dua ni?

1 Answers

Dua-dua ni datang dari Bayarcash Console, bukan dari BCL. Di BCL anda cuma copy dan paste.

1. Ambil dari Bayarcash Console

Log masuk ke Bayarcash Console, kemudian pergi ke Profile → Integration.

👉 console.bayar.cash/token-secret-key

  • Personal Access Token (PAT) — token anda ada di page ni. Copy token tu.
  • API Secret Key — ada di page yang sama, bawah bahagian API Secret Key. Copy key tu juga.

Kalau bahagian tu masih kosong, barulah tekan Generate Personal Access Token (PAT) atau Generate Secret Key.

⚠️ Jangan generate yang baru kalau dah ada. Bila anda generate yang baru, token atau key lama terus tak boleh guna lagi — BCL, website, plugin dan apa-apa sistem lain yang masih guna yang lama akan terputus.

2. Paste di BCL

Pergi ke Platform Setup → Payment.

  1. Paste token ke field Personal Access Token (PAT) dan key ke field API Secret Key. BCL akan auto-verify dua-dua tu.
  2. Tekan Save Configuration.

Kalau anda tukar token atau key yang dah pernah di-save, BCL akan minta one-time code dulu — masukkan code tu dan tekan Verify & Save. Cuma owner akaun yang boleh save setting ni.

Panduan penuh: Sambungkan akaun Bayarcash anda

Jangan share PAT atau API Secret Key di forum ni atau mana-mana tempat public. Sesiapa yang ada dua-dua ni boleh guna akaun Bayarcash anda.

Kalau anda sebenarnya nak token untuk integrate sistem sendiri dengan BCL, itu token lain — tengok Macam mana nak dapat API key untuk integrate sendiri?