Boleh lepaskan email yang terikat pada permohonan lama?

Viewed 25

Saya ada permohonan lama yang tak jadi. Sekarang emel tersebut tak boleh
guna untuk daftar semula. Boleh tolong lepaskan?

1 Answers

Tak boleh buat sendiri — team kami yang kena lepaskan email tu.

Setiap email hanya boleh digunakan untuk satu akaun. Selagi email tu masih terikat pada permohonan lama, sistem tak akan terima email tu untuk daftar baru.

Sebelum hubungi support, cuba dulu:

  • Login dengan email tu di onboard.bayarcash.com. Kalau permohonan lama masih ada, mungkin anda boleh sambung terus tanpa daftar semula.
  • Tak ingat password? Reset password di page login tu.

Kalau masih perlu lepaskan email tu, hubungi support onboarding di WhatsApp:
šŸ‘‰ Hubungi support onboarding

Bagi email tu dan nama penuh seperti dalam permohonan lama, supaya kami boleh sahkan email tu memang anda punya.