BCL dengan Bayarcash ni sama ke lain?

Viewed 5

Saya dah ada akaun BCL, tapi baru perasan Bayarcash ni payment gateway
dia. Kalau saya dah ada akaun BCL, perlu ke saya daftar Bayarcash juga?

Kalau nak buat payment link biasa, saya buat kat BCL atau kat Bayarcash?

1 Answers

Dua-dua perlu, dan ia memang dua benda berbeza:

  • Bayarcash — payment gateway. Ini yang proses duit dan settle ke akaun
    bank anda.
  • BCL (Bayarcash Link) — platform untuk bina form, payment link, event dan
    booking. BCL hantar pembayaran ke Bayarcash.

Jadi urutannya: daftar Bayarcash dulu, dapatkan kelulusan akaun, kemudian
sambung ke BCL. Tanpa akaun Bayarcash yang diluluskan, form di BCL tak boleh
terima pembayaran.

Untuk payment link biasa — buat di BCL. Pembayaran akan auto pergi ke
Bayarcash.

Soalan ini paling kerap ditanya. Kalau anda masih keliru selepas baca ni,
reply kat bawah.