Saya buka Platform Setup → Gateway Fee. Fee type Percentage tu nak tulis berapa? DuitNow QR berapa, e-wallet berapa? Saya tak faham field ni.
Saya buka Platform Setup → Gateway Fee. Fee type Percentage tu nak tulis berapa? DuitNow QR berapa, e-wallet berapa? Saya tak faham field ni.
Letak rate yang Bayarcash caj untuk channel tu. Bukan untung anda, bukan nombor suka hati. Gateway fee ni gunanya supaya customer yang cover caj Bayarcash, jadi nombornya kena sama dengan caj tu.
Rate terkini (check di Bayarcash Console kalau nak confirm):
Full Payout untuk fee yang ada percentage sahaja. Fee flat macam FPX kekal Fixed.

Untuk channel yang caj ikut percentage, pilih fee type Full Payout dan letak rate yang sama (contoh 1.6 untuk DuitNow QR). Full Payout kira caj tu awal-awal supaya anda terima harga jualan penuh. Kalau pilih Percentage dengan nombor yang sama, payout kurang beberapa sen setiap jualan. Beza dua-dua ni: https://community.bcl.my/questions/10010000000000325
Kalau channel tu kena SST 8% atas caj Bayarcash, on-kan switch SST pada row tu. Tak perlu tambah 8% tu sendiri dalam rate yang anda letak.
Lepas set, guna Fee Calculator di bawah table untuk tengok customer bayar berapa dan anda terima berapa. Rate Bayarcash ikut channel: https://community.bcl.my/questions/10010000000000206