Boleh bagi customer bayar ansuran, contohnya 3 bulan?

Viewed 2

Produk saya harga agak tinggi. Boleh tak bagi customer bayar ansuran, contohnya 3 bulan?

1 Answers

Boleh, dua cara — ikut siapa yang uruskan ansuran tu.

  1. Buy Now, Pay Later — provider yang uruskan
  • Customer bayar ansuran kepada provider BNPL: SPayLater, Boost PayFlex atau Grab PayLater.
  • Anda pula terima jumlah penuh dalam payout macam biasa — cuma ditolak caj channel tu, ikut rate package Bayarcash anda.
  • Ansuran tu urusan customer dengan provider.
  • Channel ni Bayarcash yang on-kan untuk portal anda. BCL tak ada butang untuk tu, jadi email [email protected] untuk minta.
  • Lepas on, buka form → Payment Details → klik icon refresh sebelah Portal Key → tick channel tu dalam Payment Option.
  • Rate setiap channel boleh tengok di Platform Setup → Gateway Fee.

Lebih lanjut: Boleh terima kad kredit dan BNPL? dan Terima kad, e-wallet & pay-later.

  1. Direct Debit — anda yang kutip setiap bulan
  • Buat payment form, pilih Direct Debit dalam Payment Option (keluar kalau portal anda ada Direct Debit).
  • Set Frequency kepada Monthly dan Total Recurring Months kepada 3 months.
  • Customer approve mandate sekali je melalui online banking, lepas tu bank potong setiap bulan selama 3 bulan.
  • Tak perlu addon.
  • Direct Debit tak boleh campur dengan payment option lain, jadi buat form berasingan untuk plan ansuran.

Panduan: Terima bayaran berulang dengan Direct Debit.

Mana satu? Untuk jualan one-off, BNPL lebih senang — customer settle sendiri dengan provider. Untuk yuran atau plan bulanan yang anda sendiri kutip, Direct Debit.