Macam mana nak hantar lead terus ke CRM atau mailing list saya?

Viewed 4

Saya ada lead form untuk collect prospect. Setakat ni setiap kali ada lead masuk, saya kena download CSV kemudian upload manual ke mailing list saya. Menyusahkan bila lead masuk setiap hari.

Boleh tak buat automatik — bila ada lead baru, terus masuk ke sistem CRM atau mailing list saya?

1 Answers

Guna action HTTP Request dalam Automation. Ia boleh hantar data ke mana-mana sistem yang terima API — Brevo, Mailchimp, CRM sendiri, atau apa-apa webhook.

Langkahnya:

  1. Buka Automations → cipta automation baru.
  2. Trigger: pilih Lead Form Submitted, kemudian pilih form yang mana satu.
  3. Tambah action HTTP Request.
  4. Request URL — endpoint sistem anda. Contoh Brevo: https://api.brevo.com/v3/contacts
  5. Method — biasanya POST.
  6. Headers — letak API key di sini. Brevo guna header api-key. Sistem lain selalunya Authorization. Rujuk dokumentasi sistem tersebut.
  7. Body — pilih Raw JSON, kemudian susun ikut format yang sistem itu mahu, dengan placeholder BCL sebagai nilai:
{
  "email": "{email_address:13}",
  "attributes": { "FIRSTNAME": "{nama_penuh:1}" },
  "updateEnabled": true
}

Ganti {email_address:13} dan {nama_penuh:1} dengan field anda sendiri.

Jangan taip placeholder sendiri — klik butang Variables dalam action tu dan pilih dari senarai. Cara penuh ada dalam soalan ini.

Dua perkara yang selalu jadi masalah:

  • Placeholder salah nama akan hantar nilai kosong tanpa error. Ini punca paling kerap.

  • Sesetengah API hadkan akses ikut IP. Kalau API key anda ada IP restriction, request dari BCL akan ditolak — sebab ia datang dari server kami, bukan dari komputer anda. Brevo contohnya akan balas dengan mesej "unrecognised IP address".

    Benarkan IP ini dalam setting API key tersebut:

    210.79.175.40
    

    Ini IP server BCL yang menghantar semua automation request. Kalau anda test API itu dari komputer sendiri (contoh guna Postman), IP anda lain — jadi boleh jadi test anda lulus tetapi automation tetap gagal. Yang perlu dibenarkan ialah IP server di atas.