Kalau set Minimum Fee RM2.00, customer tak boleh bayar bawah RM2.00 ke?

Viewed 3

Saya nak block jualan yang terlalu kecil. Kalau saya set Minimum Fee RM2.00 pada
satu channel, maksudnya customer tak boleh checkout bawah RM2.00 la? Atau ia cuma
tentang caj je?

1 Answers

Tak. Ini pasal caj je — Minimum Fee tak block customer daripada bayar.

Katakan anda set Minimum Fee RM2.00 pada channel dengan kadar 1.5%:

Jualan 1.5% Dicaj
RM1.00 RM0.02 RM2.00
RM10.00 RM0.15 RM2.00
RM200.00 RM3.00 RM3.00

Customer tetap boleh checkout RM1.00 — cuma caj yang kena RM2.00, dua kali ganda
harga barang tu sendiri. Sebab tu kena fikir dua kali kalau nak set minimum yang
tinggi — customer nampak jumlah tu masa checkout.

Kalau tujuan anda memang nak block jualan kecil, Minimum Fee bukan caranya.
Naikkan harga item, atau set Minimum Amount pada form untuk tetapkan jumlah
pesanan paling rendah.

Satu benda penting: Minimum Amount cuma apply pada form yang guna Products
atau Variations. Form Open Amount — contohnya donation, yang customer taip sendiri
jumlah bayaran — tak terkena limit tu.

Sesetengah channel ada minimum jumlah transaksi di pihak payment gateway
sendiri. Itu bukan setting yang anda boleh ubah dari portal BCL — kalau anda
rasa ada channel yang reject jualan kecil, hubungi support untuk semak.