Customer kata dia dapat mesej had device dah penuh

Viewed 4

Customer WhatsApp saya kata dia dapat mesej had device dah penuh, sedangkan dia guna telefon dia sendiri je. Kenapa jadi macam ni?

1 Answers

Ni datang dari setting Maximum Devices pada kandungan tu.

Nilai 0 bermaksud tiada had. Kalau anda isi contohnya 2, customer hanya boleh buka
pada dua device serentak.

Ambil perhatian ia mengira device serentak, bukan jumlah device sepanjang masa.
Customer yang tukar telefon, atau buka di browser lain, akan guna slot baharu walaupun
dia orang yang sama.

Untuk release slot, buka kandungan tu, cari customer dalam senarai akses, dan guna
action Sessions. Dari situ anda boleh tengok device aktif dia.

Kalau ramai customer mengadu benda sama, nilai Maximum Devices anda mungkin terlalu ketat.