Macam mana nak jual content yang customer kena bayar dulu sebelum boleh tengok?

Viewed 15

Saya nak jual video kelas dan beberapa fail PDF. Tak nak orang share link sesama sendiri lepas beli. Macam mana nak buat dalam BCL?

1 Answers

Guna addon OTP-Protected Content. Customer bayar, lepas tu dia dapat link khas yang
hanya boleh dibuka dengan OTP — bukan link public yang boleh di-share.

1. Buat kandungan. Pergi menu Protected Content → New.

Pilih Content Type ikut apa yang anda jual:

  • Video — YouTube, Vimeo, Facebook, Custom PPV atau Custom Embed
  • Text — tulis terus dalam editor
  • File — upload fail untuk di-download
  • Redirect URL — hantar customer ke link luar (masih kena lalui OTP dulu)

2. Set siapa boleh tengok dan berapa lama. Pilih Access Type:

  • Immediate Access — boleh tengok sebaik bayar
  • Scheduled Access — buka pada tarikh yang anda set
  • Duration-based Access — buka untuk sekian hari dari tarikh beli

3. Link-kan pada produk anda. Buka item produk dalam form anda, dan pilih kandungan
tadi dalam field Protected Content. Boleh pilih lebih daripada satu.

Tiket event pun sama — field Protected Content ada pada setiap tiket.

Ni langkah yang paling kerap terlepas. Kalau kandungan tak di-link-kan pada produk,
customer yang beli takkan dapat akses.

Lepas tu, setiap pembelian yang berjaya akan bagi akses secara automatik.