Customer kata dia dah bayar tapi tak boleh buka content

Viewed 12

Customer saya dah bayar, resit pun dah keluar, tapi dia kata tak boleh buka content yang dia beli. Saya kena semak apa?

1 Answers

Buka kandungan tu dalam menu Protected Content, dan tengok senarai akses customer.
Kalau nama dia tiada dalam senarai tu, maknanya akses memang tak pernah wujud.

Sebab paling kerap: kandungan tak di-link-kan pada produk yang dia beli. Buka item produk
dalam form anda dan semak field Protected Content.

Kalau dia beli sebelum anda link-kan, akses lama takkan wujud dengan sendirinya —
guna butang Grant Buyer Access untuk backfill.

Kalau nama dia ada dalam senarai tapi masih tak boleh buka, semak dua tarikh ni:

  • Access Start — kalau anda guna Scheduled Access, mungkin belum sampai tarikh
  • Access End — kalau Duration-based, mungkin dah tamat tempoh

Nak hantar link terus kepada dia? Ada action Access URL pada baris customer tu.