Customer beli beberapa ebook dalam satu order — dia dapat satu email atau banyak?

Viewed 2

Situasi: saya jual produk digital. Dalam order form ada banyak koleksi ebook yang customer boleh pilih dan beli. Soalan — adakah akses diberikan dalam email berasingan untuk setiap ebook, atau dalam satu email?

1 Answers

Untuk link ebook, satu email sahaja untuk satu order. Dalam email tu ada table senarai semua item yang dia beli, dan setiap ebook ada butang Access sendiri yang bawa ke link download item tu.

Tapi untuk satu order yang berjaya, customer sebenarnya boleh terima sampai tiga email:

  • Email dari Bayarcash yang maklumkan payment berjaya. Ni Bayarcash yang hantar, bukan BCL, dan tak boleh di-off dari BCL.
  • Email default BCL "payment success" — resit order dari BCL.
  • Custom email — yang ada table dan link download tu.

Nak customer terima kurang email? Off-kan yang default:

  • Buka form → Notification Settings.
  • On-kan Disable Success Email (Customer).
  • Biar custom email tu on, sebab link ada dalam tu.

Custom email tu kena on dan ada {product_table} dalam Email Content — placeholder inilah yang keluarkan senarai item dengan link sekali. Caranya:

  • Buka form → Notification Settings.
  • On-kan Enable Custom Email Content.
  • Isi Email Subject dan Email Content, dan pastikan {product_table} ada dalam content.

Lebih lanjut: Boleh tukar kandungan email kepada ayat saya sendiri?.

Customer kata link tak keluar? Tengok sebab-sebab biasa di Link download produk digital tak keluar lepas customer bayar.

Guna Protected Content? Sama juga — satu email untuk satu order, dengan senarai semua content yang dia boleh akses.

Customer pun boleh buka semua download dia bila-bila masa di Customer Portal → Content → Downloads. Tengok Customer tanya macam mana nak tengok semula semua pembelian dia.